Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,588
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 6

MASA terus berlalu hingga SPM tiba memberi salam. Syafik fokus dengan pelajarannya, siap target nak dapat semua A+! Hahha! Walaubagaimanapun, dia melayan juga jamming dengan Saiful dan rakan-rakan mereka yang lain bila dia dah terasa nak muntah dengan Matematik Tambahan, ataupun membantu ibu Elisa memasak bila dah bosan dengan buku, ataupun mengikat tocang untuk Awani, mahupun mengutuk Elisa kerana fesyen ‘atas upper bawah lower’ yang dikenakan. Tak ke panas kubur bapak sebab anaknya mendedahkan lurah punggung bila mencangkung kerana jeans rendah dan baju singkat di atas punggung? Nak marahkan aku derhaka, tengoklah konsep derhaka kau yang lebih menyeksakan bapak kau, Nawal.


“ASSALAMUALAIKUM.”

Elisa dan Awani serentak menoleh, memandang Saiful merapat pada mereka di ruang tamu. Siaran realiti menyanyi sedang bersiaran di skrin TV. Awani bergerak ke dapur bila si kakak menyuruhnya menambah buah potong, manakala Saiful mengambil tempat di sofa ruang tamu itu. Elisa yang sedang duduk di lantai dan mengetip kuku kakinya direnung dari belakang. Rambut panjang hitam itu turut ditenung. Nampak hasil tocang yang tak jadi.

“Sapa yang tocang?”

“Tu si Awani.”

“Oh. Astro Awani tak reti tocang rambut rupanya,” ujarnya perlahan, menoleh ke arah dapur. Elisa tergelak kecil.

“Dah habis kemas barang?” Elisa menjeling ke belakang. Saiful yang bersandar pada sofa sekadar menjungkit bahu.

“Banyak mana la barang aku ngan abang.”

“Harus ke korang balik kampung lepas SPM habis? Taknak tunggu seminggu dua ke… sebulan lagi ke… atau sampai kau habis SPM pulak?” Pada kuku kaki dia bertanya. Saiful tersenyum nipis, merenung wajah bersolek yang sedang menyanyi di hadapan.

“Kitorang dah sangat menyusahkan korang beranak, dah.”

“Kau, aku tak kisah. Apek boleh blah anytime dia nak.”

“Hahaha. Kalau abang blah, kau tau aku pun takkan ada kat sini.”

Kepalanya menoleh ke belakang, berusaha memandang wajah kacak itu. Saiful pula terkebil. Perhatian pada penyanyi baru menghilang bila gadis itu merenung dirinya. Kening djungkit sebelah, bertanya – kenapa?

Elisa meleret bibirnya ke kiri, kembali menundukkan wajahnya. Teringat cerita semasa ayah jejaka ini datang dahulu. Cuma itu kejadian yang membuatkan beradik itu bergaduh seketika, kerana Syafik membenci si ayah dan Saiful pula mempertahan lelaki barat tulen itu. Ya, sepanjang 15 tahun Elisa hidup dan mengenali adik beradik bermata biru kilat itu, itulah satu-satunya kejadian di mana kedua-duanya bertelingkah walau sedikit. Dan kejadian kecil itu tetap tidak berjaya meregangkan hubungan keduanya.

“Korang adik beradik tak reti nak berpisah ke? Buat kerja asing-asing?” soalnya kemudian, curious.

Sungguh dia tak faham kenapa adik beradik ini sangat melekat dengan masing-masing. Alasan nak menjaga masing-masing itu dirasakan sangat tak relevan dengan usia mereka yang dah semakin menjejak dewasa. Dan sikap Saiful yang masih nak menghormati dan menyayangi si abang yang sangat degil dan berlagak hebat dan derhaka pada ayah mereka itu… merimaskannya. Terlalu dan sangat! Macam Hang Tuah yang terlalu taat pada Sultan Melaka hingga sanggup mengorbankan segala bagai termasuk cinta hati, sahabat sendiri mahupun nyawa sendiri kalau mampu. Cuma, mujur bendahara Melaka menyelamatkannya. Even taat ada limit dia, tahu tak Hang Tuah celup?

Bercakap macam Saiful dengar je apa yang dimonologkan.

Saiful merenung gadis yang membelakanginya itu bersahaja. Bibir nipis lalu menyimpul senyum. “You know that won’t do. He’s everything to me. My only family left…” balasnya perlahan.

Elisa meleret senyum nipis. Hambar. “Dah besar pun masih berkepit.” Sisa kuku dikumpul. “Kalau la abang kau tu gentleman macam kau jugak, tentu ramai yang minat dia.”

“Hoho… pengakuan ke ni? Kalau abang takda hobi sakitkan hati kau, kau akan sukakan dia?”

Elisa menoleh. “Does love will come for that simple reason?”

Saiful melempar senyum lebarnya. “Reasons are always simple, my lady.” Kening diangkat berkali-kali. “Aku sukakan dia sebab dia baik. Aku sukakan dia sebab dia cantik. Aku bencikan dia sebab dia sakitkan hati aku. Aku bunuh dia sebab aku taknak terbunuh…”

“Whoa. Contoh yang last tu menggerunkan.” Elisa menoleh. Saiful membalas dengan ketawa dan Awani muncul semula dengan piring berisi tembikai susu potong. Saiful melayan diri.

“Mana Syafik?” soal Awani, duduk di lantai. Wajah kacak Saiful dipandang. Tiada panggilan abang untuk keduanya sebab kedua-duanya enggan dipanggil abang walaupun jarak usia Awani dan Syafik dan Saiful agak jauh. Tidak cool kata mereka.

“Masih ada paper,” jawabnya ringkas, memenuhkan mulut dengan rezeki. Dia menoleh ke dapur. “Makcik kat mana?”

“Kerja la.” Elisa pula menjawab, memuncul semula selepas membuang kuku yang baru dipotong. Saiful mengangguk, maklum dengan Puan Diyana yang memiliki kantin sendiri di sebuah kilang pembuatan. Kadang-kadang dia juga ke sana untuk menolong.

Buah dimasukkan ke dalam mulut sebelum gadis itu melabuhkan duduk di sebelah si jejaka. “Apek paper apa je lagi?”

“Sejarah.”

“Untung la budak pandai. Tapi dia tak reti nak gunting rambut dia ke?”

“Hahahah. Tang tu tanya la dia. Kira markah extra la kut sebab abang dah reti tocang rambut sekarang. Mana tau dia boleh tolong tocangkan rambut kau tu.”

Elisa menyiku lengan Saiful. Sengal. Awani di lantai pula menoleh bersama sengih.

“Syafik tu, kalau dia lembut sikit dan tak panas baran, dia okey je sebenarnya… kan?” ujar si kecil. “Berlagak melampau je masalahnya.”

“Waha. Tengok, adik aku yang sekolah rendah pun nampak.” Elisa tergelak kecil, memandang Saiful. Lelaki itu tersengih saja. Awani yang 11 tahun menyengih sama, menikmati buah manis di tangannya lagi.

“Itu personaliti dia… aku nak buat macammana. Tapi kadang-kadang…” Teringat dendam abangnya pada ayah mereka. Saiful mengeluh perlahan, membayangkan kembali pertelingkahan dua orang itu awal pagi dulu di kepala. Memekak pagi-pagi sunyi sepi macam tu, siapa yang tak terbangun. Kalau dia perempuan, mungkin dia dah menangis memikirkan sifat degil abangnya dan kurang ajarnya pada ayah mereka. Awani dan Elisa berpandangan, manakala Saiful menarik nafas dalam. “Dia cuma rindukan ibu kitorang…”

Elisa mengangkat keningnya tinggi. “A man with no delicacy is actually a mother-complex?” Tak percaya.

Saiful ketawa kecil, menjeling. “Dah cakap itu personaliti dia… dan caranya. Cuma orang tak boleh nak terima…”

“Sebab orang tak boleh nak terima la dia kena ubah, bukannya stick dengan benda yang orang tak suka.” Elisa membangkang. “Tu selfish namanya, nak memenangkan ego dia, kan?” Geram.

Saiful menjeling dalam tunduk. Hanya senyum yang mampu diberikan sebagai jawapan. Tak mampu nak memenangkan abang sendiri, dan tak mampu juga nak melawan kata-kata Elisa. Sakit hati Elisa untuk abangnya rasanya dah bertakung dan menunggu tumpah kalau abangnya membuat perkara yang lebih melampau daripada yang dia biasa buat. Asalkan tidak masuk tahap benci, Saiful masih boleh tersenyum.

Apa je la yang Syafik biasa buat pada gadis itu? Kantoikan surat cinta dia pada mana-mana crush gadis itu? Atau sengaja panggil dia dengan nama yang gadis itu tidak gemar… tapi ada apa pada nama Nawal? Nama itu lebih cantik berbanding panggilan Eli. Ini ialah masalah gadis itu sendiri nampaknya. Bila difikirkan usikan abangnya yang lain, abangnya gemar menyamakan Elisa dengan platypus. Disamakannya gadis itu dengan keunikan itik amerika itu. Bertelur, tetapi menyusukan anaknya. Reptilia ataupun mamalia? Memang unik, tapi Elisa tetap tidak suka dibanding-bandingkan… apatah lagi nak dibandingkan dengan haiwan!

“Ayah korang pula apa cerita?” Awani membuka cerita baru, membantu Saiful untuk kembali ke dunia realiti. Elisa menoleh mendengar soalan adiknya.

“Ayah… hmm…” Senyap dia sebentar. “Takda berita. Sejak dia balik… nope. Nothing nak dilapor kat korang.” Berhubung pun tak, nak cerita macammana. “Abang pun mungkin marah kalau timbulkan isu ayah. Hahahha.”

Elisa mengerut dahi. “Kau boleh gelak?” soalnya tak percaya. “Terang-terang abang kau bencikan bapak kau. Kau tak… terasa nak… I don’t know. Tegur dia ke?”

“Tegur pun takda makna, Li. Dia bukannya dengar. Dah berapa kali dah aku try…”

“Nah! Lebih alasan untuk kau abaikan je abang macam tu! Lagi lama kau dengan dia, aku rasa kau terpengaruh jugak nanti!”

“Dia abang aku.” Saiful menjeling, mula tidak bernada. “Dan dia sayangkan aku.”

Awani menoleh. “Parut kat belakang Syafik tu… kau yang buat, kan?” soalnya. Teringat garisan hitam dengan lebihan kulit yang tak habis dibuang di belakang bahu kanan lelaki tinggi berambut panjang itu. Selama ini memang dia tahu abang Saiful itu ada parut, dan dia terang-terang nampak setelah mereka hidup sebumbung. Telah ditanyakan pada ibunya, dan ibunya juga dah menceritakan asal usul kejadian yang mewujudkan parut panjang tersebut.

Elisa dan Saiful serentak menoleh. Pemuda itu tergelak perlahan dan mengangguk kecil, sementara Elisa mendengus. “Parut tu bukti abang aku sayangkan aku, Li…” Gadis cantik di sebelahnya dikerling.

Elisa mencemik, masih menolak kata-kata itu. Syafik… lelaki yang sangat kurang ajar pada ayahnya sendiri. Hilang langsung hormatnya pada abang Saiful itu. Saiful pula… eish, geramnya! “Kau back up sangat abang kau tu walaupun tau dia buat salah. Kau tak boleh nak berdiri atas kaki sendiri ke berbanding terus bersama dengan pendek akal tu?”

Senyap. Enggan membalas.

“Saif! Kau ada kat sini rupanya?!” Suara nyaring kedengaran dari pintu rumah. Tembikai potong di tangan Awani terloncat ke udara. Saiful dan Elisa serentak menoleh lipat maut ke belakang, memandang Puan Diyana yang sedang mengah menarik nafas deras di muka pintu sana. Orang tua itu menahan tangan pada daun pintu. “Dengar cakap makcik baik-baik… ayah kamu masuk hospital…”


PADA masa yang sama, Syafk sedang berjalan balik ke rumah. Hari ini pada jam 12 tengah hari tadi, selesai sudah perjuangannya sebagai pelajar Tingkatan Lima di dalam peperangan besar yang dia telah bersiap sedia selama lima tahun persekolahan. Janjinya pada arwah ibu untuk belajar dengan rajin, masuk ke universiti terbaik, menjadi manusia berguna dan mencari kerja dan seterusnya menjaga Saiful ialah satu janji yang terpatri sehingga mati. Seperti sifat parut kekal di belakang badan.

Tapi isu si ayah memang terasa menyekat darah beku di kepalanya dan dia hampir strok. Syafik sudah tidak mampu nak khusyuk di dalam solatnya lagi sudah. Sudah tak mampu nak terasa basah bila mandi, dan panas perut bila makan. Mungkin ini bahana menjadi anak derhaka?

Nafas terhembus panas. Tidak dinafikan cuak juga bila memikirkan situasi dan hubungannya dengan si ayah itu dan seterusnya hubungan dengan Allah. Allah murka pada hambaNya yang derhaka pada ibu bapa. Syafik masih ada iman kerana takut bila memikirkan perkara itu. Ya… dia takut dengan azab Allah…. Tetapi dia juga tidak menafikan rasa marah yang ada untuk ayah yang gagal itu sangat besar jumlahnya hingga terasa sangat sukar nak memaafkan diri sendiri.

Tambah-tambah, macammana si ayah itu boleh pergi dan gagal untuk kembali walau sekali? Susah sangatkah nak meninggalkan kerja dan melawat anak dan bini walau sehari? Apa pekerjaan ayahnya itu sebenarnya? Ah, apapun, hal itulah yang Syafik paling alergi. Kan lebih elok kalau diceraikan saja ibunya dan bolehlah Syafik carikan ayah yang baru yang menyayangi ibunya betul-betul dan memaknakan gelaran ayah sebaik-baiknya.

Dan bila akhirnya dia pulang, Saiful pula yang cuba ditarik pergi. Adik yang dah bersamanya susah senang dan dijaga sehingga dia hampir hilang nyawa pada malam bersejarah dulu, takkan dengan mudahnya dibiarkan si adik itu pergi meninggalkan dia. Sungguh. Syafik tidak boleh terima. Dan bukan niatnya nak bersifat kurang ajar pada ayah berdarah Scottish itu, tetapi….

Huh….

Terasa penat dengan baran sendiri.

I wonder why would he wants to bring Saif back to D.C. ne’way?

Screw that,” cemiknya dengan kepala menunduk. Pedulilah dengan apa-apa alasan. Yang penting adik dia tidak pergi dari sini dan terus hidup dengan baik. Sini ada Elisa, ada Puan Diyana ngan Awani, ada nasi lemak dan roti canai, dan ada sambal belacan yang tak mungkin dijumpai dengan mudah di tanah barat sana. Lagi-lagi dengan budaya yang 180° berlainan. Lagi-lagi dengan ahli keluarga belah ayahnya yang dia tidak rasa hendak dijumpa lagi buat kali kedua… dan tidak pasti kalau Saiful masih ingat pada mereka.

Keh!

Kaki kembali meneruskan langkah di tepi jalan itu sebelum BAM! Terlanggar tiang elektrik. Syafik terundur setapak dua sebelum menggosok dahi. Terasa berdenyut.

“Cih.” Kaki nak meneruskan langkah namun terhenti bila terdengar gelak yang hampir pecah di belakang.

Syafik menoleh, terlihat seorang pelajar perempuan di belakangnya. Entah siapa sebab tidak nampak mukanya kerana dia tertunduk-tunduk mengadap pagar rumah orang lain sambil menutup mulut dan menahan perutnya yang mungkin lenguh. Oh. Lawak sangat ey?

“Kau siapa?” Syafik bersuara keras. “Hari ni hari terakhir SPM, so aku taknak berbuat baik dengan dengan sesiapa lagi, tahu. Jangan ada yang kena nanti.”

Ketawa masih terlepas bersungguh-sungguh, dan bersungguh-sungguh juga insan itu berusaha nak menahan. Anak tekak didehem-dehem, cuba melepaskan gatal. “Hoho… hoho… ohohohohohahahahaahaha!!” Gelak yang cuba ditelan ke perut terlepas lagi ke langit tanpa penapis.

Syafik naik segan. Matanya dipicing. “What’s so funny?”

Sofe perlahan-lahan menoleh bersama sengih yang tertahan, dan Syafik menentang mata coklat gelap gadis itu. Cerah cina kulitnya, dan sepet mata itu nyata bukan saiz mata melayu normal. Kacukan cina?

What’s so funny you ask? Do you think I get to see a handsome young man bump into road light during midday, like, everyday? Hihihihihi… are you blind or something?” Tangan diawang-awang di hadapan muka kacak itu.

Syafik mendengus lalu pergelangan tangan kurus itu ditangkapnya. Logo pada tudung sekolah dipandang. Logo sekolahnya. Budak Form 5 juga? “Who are you?”

Sofe tersengih, menepis pegangan pelajar lelaki berambut panjang itu. Bukannya dia tidak kenal lelaki ini. Satu-satunya pelajar yang dimaafkan berambut panjang kerana tahap bijak yang PK1 terlalu sayang untuk menegur.

A human.” Soalan Syafik dijawab.

Berkerut dahinya seketika. Memikirkan macammana jawapan itu boleh dikeluarkan. Ah… “Cunning, you are. What’s your name, lady?” Soalan di-spesifikkan.

Pinggang dicekak. “Britney Spears.”

Geram. “Where’d you come from?”

Sperm.”

Gah!! Tangan dibawa ke dahi, lalu pangkal hidung ditekan. “Okayanswer me, seriously. Who are you.”

Bahu dijungkit. “My name is not ‘seriously’ for sure.”

Terdiam lagi, kurang memahami. Ilham datang dari langit, barulah jawapan sarkastik berbelit itu difahami. Syafik mengeluh perlahan. Pinggang dicekak dan keluh dilepaskan lagi ke kanan. “Twinkle-twinkle little star, grant me strength to not kill her.” Serius sekali diluahkan.

Sofe tergelak lagi, lalu dada Syafik ditepuk perlahan. “You’re a fun guy. I like you, walaupun rambut you panjang. Apa kata you potong. You’ll look even better.” Sengihnya, lalu Syafik dilepasi.

Syafik terkebil sesaat dua. Terkedu habis bila dilemparkan kata-kata selamba itu. Tubuh dikalih lekas dan si pemakai beg sekolah merah jambu plain dipandang. “Lady! Nama kau siapa?”

Sofe menoleh. “Suha. Nasuha. Awin Nasuha. Akiko Naruto. Naruto Burrito. Burrito? Italian Burrito. Italian food also include spaghetti and lasagne. I like lasagne.” Sengih.

What…”

Gadis itu tersengih lagi sebelum terus melangkah pergi. Tangan diangkat tinggi tanpa dia menoleh. Syafik mencekak pinggang bersama senyum nipis. Minah itu… kelakar.

“Awin Nasuha, huh? I’ll remember that.” Kaki mula melangkah. Mata birunya tidak sekalipun melepaskan pandang pada gadis bertudung sekolah dan beg sekolah merah jambu terang itu. Terasa mahu kembali berbual dengan si dia. Kaki baru nak berlari anak sebelum telefon bimbit tiba-tiba berdering. Panggilan dari Saiful. Hmm?

Previous: Egann 5
Next: Egann 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.